MAKANAN MANIS PUNCA OBESITI
- nafieyamarketing

- Nov 20, 2019
- 1 min read
Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.
Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.
Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
Kesan Obesiti Kepada Pesakit
Aspek kesihatan disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan lemak di dalam badan pesakit. Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam kali lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di dalam Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada berat badan berlebihan berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32% manakala peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti adalah 81%.
Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga tinggi bagi penghidap obesiti. Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke mendedahkan bahawa peratusan bagi orang yang obes untuk menghidap angin ahmar meningkat sebanyak 64%.
Masalah kencing manis sememangnya berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang yang obes akan menghidap diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam nyawa. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata boleh menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.
Comments