top of page
Search

11 PUNCA SEBENAR RAMBUT KITA CEPAT SANGAT BERUBAN

Updated: Sep 19, 2019

1. Penyakit Tiroid Tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga boleh menyebabkan uban.

2. Kekurangan Vitamin B12 & zat besi Uban di usia muda juga boleh disebabkan kadar vitamin B12 yang rendah. Selain vitamin tersebut, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi sangat disarankan untuk selalu mengambil makanan yang kaya vitamin B12 dan zat besi.

3. Faktor Keturunan Atau Genetik Uban yang tumbuh di usia muda juga mungkin disebabkan keturunan. Oleh itu, cuba check tengok keturunan kita tu ramai tak uban di usia muda ni. So kalau ayah atau ibu kita, mungkin untuk uban awal adalah sangat tinggi.

4. Kekurangan Vitamin C Dan Vitamin E Kekurangan Vitamin C & E juga menjadi punca uban sebelum usia. Jumlah sel melanin akan berkurang, maka muncullah uban.

5. Merokok Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban. Merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan ianya mampu menurunkan kadar melanin.

6. Suka makan Junk Food Bukan saja tak bagus untuk kesihatan tapi juga bagi rambut. Kandungan junk food boleh mengganggu penghasilan melanin di dalam rambut.

7. Stress Sebenarnya stress amat tidak bagus untuk kesihatan kita kerana stress merupakan antara punca pelbagai penyakit kronik. Stress boleh mengakibatkan rambut gugur dan beruban!

8. Diet Yang Tidak Seimbang Diet tidak seimbang mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kekurang nutrisi maka system dalam badan tidak berjalan dengan baik. Sebenarnya bukan sahaja boleh sebabkan uban tetapi juga masalah kesihatan lain yang lebih teruk.

9. Guna Pengering Rambut Nak guna boleh tetapi jangan terlampau kerap kerana boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin, oleh itu rambut cepat beruban.

10. Kulit Kepala Kotor Yang ni kita tak ambil peduli sangat, kulit kepala kotor pun menjadi punca tau. Bukan setakat rambut uban tetapi juga rambut gugur. So jagalah kebersihan rambut, gunakan shampoo yang sesuai. Dan kalau boleh guna yang organik sebab bebas bahan kimia. Bahan kimia ini punca banyak masalah kesihatan. Saya syorkan amik set Shampoo Prosante.

11. Penggunaan Pewarna Rambut Bahan kimia pada pewarna rambut boleh rosakkan sel melanin.

 
 
 

Recent Posts

See All
MAKANAN MANIS PUNCA OBESITI

Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan...

 
 
 

Comments


​HUBUNGI KAMI

NAFIEYA MARKETING

 

57-1, Blok A, Jalan BK 5A/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

T: 011-10903381

hq@nafieya.com

LANGGANI SENARAI MEL KAMI

TERIMA KASIH!

© 2023 by The Apothecary.  Proudly created with Wix.com

bottom of page