7 SUNNAH PUASA GAYA RASULULLAH S.A.W
- nafieyamarketing

- Sep 5, 2019
- 2 min read
1. RASULULLAH S.A.W BERSAHUR
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan.
Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur?
Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh.
Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.
2. RASULULLAH MENYEGERAKAN BERBUKA
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah.
Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.
3. BERBUKA PUASA DENGAN BEBERAPA BIJI KURMA
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa.
Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.
4.TIDUR QAILULAH
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya.
Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor , perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah.
Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.
5. MENJAGA LIDAH
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikit pahala dari amalan tersebut.
Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah.
Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.
Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan.
6. MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERPUASA
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa.
7. DOA KETIKA BERBUKA PUASA
Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab.
Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda
“ Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi.”(Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Comments